Secara jujur, aku betul-betul masih mengharapkan dia untuk menjadi satu-satunya lelaki yang aku cintai.
Tetapi, pengharapan aku ini adalah bila mana, dia juga masih mengharapkan aku untuk menjadi satu-satunya wanita yang dia cintai jugak.
kalaulah aku boleh baca hati dia....
Aku betul-betul tak tahu dan tak dapat menduga, ada lagi atu tidak perasaan dia pada aku, sebab kalau ada, aku tak kisah andai hari-hari aku yang berlalu dengan dia di hati aku, biarpun mengambil masa untuk kami bersatu.
cuma, yang merisaukan aku, kalau-kalau aku terus menunggu dan akhirnya aku akan kecewa. dia tak pernah menjawab pertanyaan aku, dia diam membuatkan aku terus betanda tanya. aku tak mahu mencari penganti, kerana aku takut menyesal.
kalaulah aku boleh baca hati dia.... tentu tak sukar
atau... aku memang kena beri masa pada diri aku? entahlah... aku merasakan yang aku boleh teruskan hidup, tapi hakikatnya? aku pun tak tahu.
sayangilah org yang anda sayangi supaya anda tidak menyakiti orang yang menyayangi diri anda
Wednesday, 24 June 2015
Saturday, 6 June 2015
TERLUKA
Apabila aku kesedihan, pasti aku akan cari Blog aku ni, Blog yang tak pernah menipu perasaan aku, Blog yang sentiasa memberitahu kebenaran. Sudah cukuplah peluang yang aku berikan ke atas aku, untuk mengharapkan orang yang cuma tahu menyakitkan. walau sekuat mana aku cuba bertahan akan perasaan sayang aku pada dia, sudah tidak berguna lagi.
Kehadiran kekasih lama dia, yang meminta aku menjauhi menambahkan lagi kesakitan ini. perlu ke menghantar seorang perempuan untuk aku melangkah pergi? sedangkan siapa yang tiba-tiba muncul semula? siapa yang mula msg aku? pada saat aku hampir mahu melupakan dia? apa erti "kesayangan" yang dia tunjukan sebagai nama aku yg dia xpnh tukar?
Dari dulu lagi, aku mmg tidak pernah berharap utk bercinta dgn dia, walau aku mmg sayang, dan impikan tu semua, kenapa Allah jadikan ia ntaya kalau itu hanya utk sementara? dan benar-benar meninggalkan kesakitan yg menyiksakan.
Tahukah dia, dia dtg dalam hidup aku dulu, saat-saat aku benar-benar terluka. saat aku kehilangan cinta yang sudah 5 tahun aku bina... kalaulah aku tahu, aku akan disakiti lagi, lebih baik aku pilih untuk sendiri. menerima Cinta dia adalah satu kesilapan, padahal dia tidak pernah ikhlas utk bersama aku, dia cuma berharap utk berjumpa dan berseronok, janji2 utk sebuah perkahwinan, hanya satu pura-pura.
Patutlah Allah selalu menanguhkan pertemuan kami, mungkin Allah taknak aku akan bertambah terluka. kalaulah rasa kecewa ini satu kegelapan, pasti bumi ini tidak akan siang lagi. cuma satu je yang blh aku katakan, "semoga bahagia paan"
Thursday, 12 March 2015
Ego
Adakah kerana keegoan ini yang menjadi penyebab, aku kehilangan dia? aku membisu bukan kerana tidak cinta dan sayang, bukan juga kerana aku memang sudah tidak mahu, tetapi diam aku kerana aku mahu memberi ruang kepada dia untuk berfikir, dan jika tidak mahu katakan dengan baik.
Aku tidak mahu bermusuh, walau pada hakikatnya aku terlalu sedih ditinggalkan dia. aku cuma tidak mahu memaksa, bukan aku tidak mahu terhegeh-hegeh, tapi aku takut itu merimaskan dia. aku terlalu sayang hingga aku terlalu ego untuk bersuara, takanlah aku nak katakan "Awak.. jangan tinggalkan saya..." perlukah aku berbuat begitu? sedangkan itu bukan cara aku.
Aku terlalu sedih hingga terpaksa berlakon gembira, sedang hakikatnya hati aku benar-benar terluka, kerana merasakan Allah bersama aku, menjadikan aku sedikit tenang. Aku percaya setiap yang berlaku sudah direncanakan, dan aku cuma boleh terimanya dengan redha.
Apa lagi yang manpu aku katakan.... aku cuma perlu belajar.. meniti hari-hari aku, tanpa dia..
Paan Serizawa
Paan Serizawa
Subscribe to:
Posts (Atom)