Saturday 6 June 2015

TERLUKA

Apabila aku kesedihan, pasti aku akan cari Blog aku ni, Blog yang tak pernah menipu perasaan aku, Blog yang sentiasa memberitahu kebenaran. Sudah cukuplah peluang yang aku berikan ke atas aku, untuk mengharapkan orang yang cuma tahu menyakitkan. walau sekuat mana aku cuba bertahan akan perasaan sayang aku pada dia, sudah tidak berguna lagi. 

Kehadiran  kekasih lama dia, yang meminta aku menjauhi menambahkan lagi kesakitan ini. perlu ke menghantar seorang perempuan untuk aku melangkah pergi? sedangkan siapa yang tiba-tiba muncul semula? siapa yang mula msg aku? pada saat aku hampir mahu melupakan dia? apa erti "kesayangan" yang dia tunjukan sebagai nama aku yg dia xpnh tukar?

Dari dulu lagi, aku mmg tidak pernah berharap utk bercinta dgn dia, walau aku mmg sayang, dan impikan tu semua, kenapa Allah jadikan ia ntaya kalau itu hanya utk sementara? dan benar-benar meninggalkan kesakitan yg menyiksakan.

Tahukah dia, dia dtg dalam hidup aku dulu, saat-saat aku benar-benar terluka. saat aku kehilangan cinta yang sudah 5 tahun aku bina... kalaulah aku tahu, aku akan disakiti lagi, lebih baik aku pilih untuk sendiri. menerima Cinta dia adalah satu kesilapan, padahal dia tidak pernah ikhlas utk bersama aku, dia cuma berharap utk berjumpa dan berseronok, janji2 utk sebuah perkahwinan, hanya satu pura-pura.

Patutlah Allah selalu menanguhkan pertemuan kami, mungkin Allah taknak aku akan bertambah terluka. kalaulah rasa kecewa ini satu kegelapan, pasti bumi ini tidak akan siang lagi. cuma satu je yang blh aku katakan, "semoga bahagia paan"