Thursday 12 March 2015

Ego

Adakah kerana keegoan ini yang menjadi penyebab, aku kehilangan dia? aku membisu bukan kerana tidak cinta dan sayang, bukan juga kerana aku memang sudah tidak mahu, tetapi diam aku kerana aku mahu memberi ruang kepada dia untuk berfikir, dan jika tidak mahu katakan dengan baik.

Aku tidak mahu bermusuh, walau pada hakikatnya aku terlalu sedih ditinggalkan dia.  aku cuma tidak mahu memaksa, bukan aku tidak mahu terhegeh-hegeh, tapi aku takut itu merimaskan dia. aku terlalu sayang hingga aku terlalu ego untuk bersuara, takanlah aku nak katakan "Awak.. jangan tinggalkan saya..." perlukah aku berbuat begitu? sedangkan itu bukan cara aku.

Aku terlalu sedih hingga terpaksa berlakon gembira, sedang hakikatnya hati aku benar-benar terluka, kerana merasakan Allah bersama aku, menjadikan aku sedikit tenang. Aku percaya setiap yang berlaku sudah direncanakan, dan aku cuma boleh terimanya dengan redha.

Apa lagi yang manpu aku katakan.... aku cuma perlu belajar.. meniti hari-hari aku, tanpa dia..
Paan Serizawa