Wednesday 24 June 2015

kalaulah aku boleh baca hati dia?

Secara jujur, aku betul-betul masih mengharapkan dia untuk menjadi satu-satunya lelaki yang aku cintai.

Tetapi, pengharapan aku ini adalah bila mana, dia juga masih mengharapkan aku untuk menjadi satu-satunya wanita yang dia cintai jugak.

kalaulah aku boleh baca hati dia....

Aku betul-betul tak tahu dan tak dapat menduga, ada lagi atu tidak perasaan dia pada aku, sebab kalau ada, aku tak kisah andai hari-hari aku yang berlalu dengan dia di hati aku, biarpun mengambil masa untuk kami bersatu.

cuma, yang merisaukan aku, kalau-kalau aku terus menunggu dan akhirnya aku akan kecewa. dia tak pernah menjawab pertanyaan aku, dia diam membuatkan aku terus betanda tanya. aku tak mahu mencari penganti, kerana aku takut menyesal.

kalaulah aku boleh baca hati dia.... tentu tak sukar

atau... aku memang kena beri masa pada diri aku? entahlah... aku merasakan yang aku boleh teruskan hidup, tapi hakikatnya? aku pun tak tahu.