Thursday, 12 March 2015

Ego

Adakah kerana keegoan ini yang menjadi penyebab, aku kehilangan dia? aku membisu bukan kerana tidak cinta dan sayang, bukan juga kerana aku memang sudah tidak mahu, tetapi diam aku kerana aku mahu memberi ruang kepada dia untuk berfikir, dan jika tidak mahu katakan dengan baik.

Aku tidak mahu bermusuh, walau pada hakikatnya aku terlalu sedih ditinggalkan dia.  aku cuma tidak mahu memaksa, bukan aku tidak mahu terhegeh-hegeh, tapi aku takut itu merimaskan dia. aku terlalu sayang hingga aku terlalu ego untuk bersuara, takanlah aku nak katakan "Awak.. jangan tinggalkan saya..." perlukah aku berbuat begitu? sedangkan itu bukan cara aku.

Aku terlalu sedih hingga terpaksa berlakon gembira, sedang hakikatnya hati aku benar-benar terluka, kerana merasakan Allah bersama aku, menjadikan aku sedikit tenang. Aku percaya setiap yang berlaku sudah direncanakan, dan aku cuma boleh terimanya dengan redha.

Apa lagi yang manpu aku katakan.... aku cuma perlu belajar.. meniti hari-hari aku, tanpa dia..
Paan Serizawa

Sunday, 5 January 2014

2014 (Disiplin tangga kejayaan)

Setahun 2013 meninggalkan aku! byk hal pada tahun tu yang berlaku, kepada yang sentiasa mengikuti perkembangan blog aku, maaflah sb hari ni baru aku mula menulis, bukan kerana malas, tetapi kerana tawar hati nak berkongsi, sb xda yang menarik, kalau adapun itu adalah rahsia.

Friday, 28 December 2012

SENDAT

Segalanya sendat aku rasakan sekarang, baik otakku, hatiku, hidupku, sampaikan tiada langsung ruang kosong untuk ku selit dengan Rehat!! banyak benar perkara hendak aku lakukan menjelang bukanya gerbang 2013, namun sedikit kucar kacir kerana aku tidak menyusun. salah aku ataupun masa yang semakin hari semakin cepat berlalu, sampaikan aku tiada tekejar.
Rasa rindu pada dia pun, bagai berlalu seperti kepul2 asap naik ke langit, kerana apa? kerana fikiranku sendat dihimpit perkara lain... untung sahajalah bukan rasa rindu yang menguasai, jika tidak! habis! kucar lana.....
Arghh... aku seperti manusia tertekan.
tetapi tenang..
bahkan merasakan seronok...
tekanan yang positif!!!
sendat dan padat dgn masalah!
masalah yang ada penyelesaiannya... cuma
tiada penyusunan!!!
masa terlalu suntuk, sedang banyak yang perlu dilakukan...