Friday, 30 November 2012

KOSONG

Hari berganti hari, bulan berganti bulan, hampir sahaja lagi mahu melangkah ke tahun yang akan datang, setahun sudah hampir ditempuh, pahit, manis suka duka, namun hati ini tetap jua merasa kosong, kosong, kosong "bak kata Najwa Latiff".
Siapakah yang akan ku bawa ke masa depan?
Buntu!
Masih mengharap,tetap berharap,berhenti berharap mungkin!
Langkah yang disusun tersekat-sekat, ada arah tuju namun sentiasa saja dilencong hingga lambat sampai ke tempat di tuju, malah sahaja tidak pernah sampai. mengapa ? sesat sesat sesat dan sesat.
Untuk siapa ku bawa ke masa depan tidak merasa lagi, namun untuk siapa kutinggalkan sudah ku fikir dan telah ku cuba. sekarang dan entah sampai bila. kerana percubaan itu sentiasa gagal. pada setiap kali aku mencicirnya, pasti akkan ku kutip balik, ye! aku yang kutip! bukan nya datang sendiri, kenapa kenapa? kerana cinta.. hahahaha!
Aku tidak pernah ditinggalkan!
semenjak dua menjak ini!
selalu aku sahaja yang membawa diri, menjauh hati, merajuk!
mahu dipujuk? ya! tetapi......
persetankan! perasaannya bukan seperti dulu, matlamat sudah berubah, kerna apa? kerana  apa yg diimpi, begitu mudah dicapai, masakan tidak, dimanjai dengan penuh keBENDAAN... dalam pelbagai rupa!!!1
bodoh! siapa? dua2 mungkin... bhahahahah... gIleR......
SELAMAT TAHUN BARU!
bila? pada setiap tahun pun baru,,,,,
namum..................

Sunday, 22 January 2012

Salah ke kalau aku marah?

Aku pernah merantau suatu masa dulu. tidak jauh, dan tidak lama, dan setempoh itu membuatkan aku kenal beberapa orang yang aku pangkatkan mereka seperti "adik2" aku! Sayang! yer mmg aku syg mereka semua, krn mereka plg hampir dlm hidup aku pd waktu itu, #Sayang aku ikhlas #bukan dibuat2 #bukan inginkan pembalasan!! dan bukan cara aku untuk mengambil kesempatan, atau mempergunakan mereka untuk kepentingan, krn ape? krn aku SAYANG!! mereka...

Sayang aq sebagai kakak kpd adik2 nya, bukan hanya sekadar kawan! sb tu aku xberkira dari segi wang, makan minum, tempat tinggal dan segala-galanya, malah di hati aku tak pernah berniat untuk segalanya diberi "pembalasan setimpal" xpernah!! sebab aku xpernah mengharapkan itu semua, aku nak mereka tahu, ksh SAYANG yg aku beri, aku xmgharapkan balasan, sb? sb? sebab ""SAYANG"" itu tak ternilai dgn wang ringgit. Kalau aku buatkan mereka Nasi Lemak, aku buatkan bukan dgn "penat lelah" bkn dgn "titik peluh" tetapi dgn "Kasih SAYANG"

Kalau aku bayarkan apa yg mereka makan, aku bayar bukan krn mahu menunjuk, mahu diganti,bkn juga mahu disayangi, tetapi, kerana SAYANG, sayangnya aku krn mahu membuatkan mereka rasa sng dan bernafas dgn selesa! "aku xmahu adik2 aku berasa susah" sb apa? sb aku SAYANG mereka. Aku menyanyi bersama mereka, dr satu lagu ke satu lagu, bukan krn aku mahu merasakan "KESERONOKAN" semata2, bukan krn aku hendak berhibur, tetapi krn aku SAYANG kan mereka, aku mahu mereka gembira, xmahu meraka berasa gusar hati.

Tetapi, kadangkala, aku juga Kakak yg lemah, yg mahukan pertolongan dr adik2 mereka, bukanlah aku mahu mengungkit atas apa yg pernah aku lakukan, tetapi aku mahu mencuri sedikit sahaja kesusahan mereka, untuk membantu aku. Terus terang aku cakap, aku memang tak kisah kalau Mereka awal2 lagi cakap pada aku, yg mereka tak boleh, sb bila tahu mereka tak boleh, aku tidak akan berkecil hati,dan aku akan cari cara yang lain, tp.... jawapan ""BOLEH"" dari mereka yg memberikan aku SEjuTA SaTu HARAPAN! pada aku...dan aku pun... MENUNGGU, MENUNGGU, MENUNGGU, MENUNGGU..... dan bila masa sudah tiba! mereka kata baru nak kata "TAK BOLEH" dan aku dah terlambat utk buat ape2. =) salah ke kalau aku marah? salah aku ke?

Saturday, 9 July 2011

Haruskah undur diri?

Matlamat utama, bila kita mendekati Cinta adalah Bahagia. Setiap manusia, mahukan rasa Cinta, kerana mahukan kebahagiaan. Namun jika rasa cinta itu, menjadikan kita derita, terpaksa, kecil hati, kecewa... bagaimana mahu bahagia?
Kadangkala kita rasa bahagia dengan cinta yg kita ada, tp, adakah kita yakin, pasangan kita bahagia? jika kebahagian itu bukan milik bersama adalah tidak adil....buat apa 'cinta' kalau hanya seorang sahaja.....bahagia.
Jangan pentingkan diri, tingalkan saja cinta kalau hanya kita seorang sahaja bahagia, sedangkan seorang lagi tidak! kalau tidak manpu membahagiakan, serahkan kepada yg lebih layak! bagaimana? hanya satu cara...
UNDUR DIRI....
tapi... bila kita undur diri, kita akn kehilangan org yg kita syg..... kita pula akn derita, tetapi....itu lbh baik dari kita membuat org lain derita...dgn kehadiran kita... Mungkin ada yg lebih baik untuk Dia, kalau kita tidak manpu... baik kita lepaskan, sebelum dia lebih tersiksa....

Undur diri, bukanlah kerana tidak sayang.... tetapi kerana terlalu sayang, kerana kita mahu pasangan kita bahagia....yelah.... jika dgn kita dia tidak bahagia, kita tak dapat puaskan hati dia, dan sentiasa buat dia kecewa, apa maknanya kebahagian itu? xda maknanya..... kan.... namun... kalau mahu undur diri... hati mmg perlu kuat!!...
Bila kita undur diri.... pasangan kita baru dapat menilai.....
akan kehadiran kita sebelum ni....
Kalau dia boleh dapat yg lebih baik dari kita.... maknanya, mmg kita xlayak membahagiakan dia, tapi andaikata, dia msh juga xbahagia....mgkin kesilapan itu ada pd dia....
hem... jd..
haruskah undur diri?

***Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri