Thursday, 6 December 2012

BEBAS


Terasa bebas. bebas drp apa? Entahlah, bebas dari memikirkan sesuatu yang tidak penting kot. Sebenarnya mungkin perasaan tenang yang dirasa, itu yang melahirkan bibit BEBAS! rasa ini pasti akan menjadi satu memori terindah dalam hidup ini. seolah-olah2 kedamaian ini xpernah aku kecapi pulak. tapi itulah hakikatnya!
                Kejam! kejam sungguh aku pada diri sendiri, rasa semudah inipun cuma dapat kuhadiahkan sekali sekali, sedangkan, untuk mendapatkannya semuda ABC. cuma... cuma apa? cuma perlu kembali pulang. Mengapa perlu menunggu senja? baru terkedek2 hendak balik? mengapa mesti tunggu dipanggil? dilaung nama baru sibuk2 hendak pulang? mengapa? kerana itu adalah lumrah... lumrah manusia, lumrah masa kecil. yang cuma tahu membuang masa. apa yang dibawa pulang? baju kotor! puas bergasak, puas tunggang terbalik, main pondok2, masak2, kawin2, huh! ingatan masa kecil. tapi kita tetap balik juga kan.
               Samakan semua itu dengan hidup kita sekarang. Kita tetap mahu menanti senja, baru hendak pulang ke tempat asal, membawa kotor2, kemuadia dibasuh, bila sudah bersih, pergi lagi, dan balik semula untuk basuh? sampai bila? hendak xhendak kita harus pergi jua kan? tetapi pulangnya tidak perlu membawa kekotoran.....

No comments: